Monday, November 22, 2010

mouth-to-mouth breathing

diskusi dengan adik2 tentang tekni-teknik BLS..
pernah dengar basic life support?bantuan hidup dasar? ala yang ada mouth-to-mouth breathing tu..yang tekan2 dada tu..kalo kat tivi slalu kalo ada perempuan lemas dalam kolam renang, lepas tu ada lelaki hensom gila babas datang buat mouth-to-mouth breathing..ingat tak??haaaa tu la basic life support (BLS)..bantuan hidup dasar..

sebenarnya BLS ini kompentensi semua orang..tak payah dokter..takpayah paramedik..semua orang sebenarnya kena tau cara BLS yang betul..salah satu step dalam BLS ada CPR.ada banyak perkara dalam BLS. cuma hari ini nak bercerita tentang CPR iaitu gabungan antara pernafasan mulut ke mulut dan pemijatan jantung..so sementara nak tunggu ambulance sampai tu, kita boleh la mengaplikasikan cpr yang baik dan benar..bukannya yang macam dalam tivi.

twilight..jacob do the wrong cpr to bella..lots of mistakes there..

so contoh dari CPR yang salah adalah seperti kes di atas..dari movie twilight..jacob cuba melakukan CPR pada bella yang kelemasan. antara kesalahan yang ketara adalah:
1.jacob tak menilai jalan nafas, tak check nadi dan nafas..angkut dari laut terus buat CPR..
2. tangan jacob sebetulnya harus tegak..bukan bengkok
3. daya yang digunakan untuk 'memijat jantung' adalah dari beban badan, bukan dari beban di tangan. so belakang si jacob harus tegak..bukan bongkok..
4. jacob harus memposisikan diri dengan stabil, dengan lutut difiksasai ke tanah..
5. posisi jacob harus di sisi korban, samada sisi kanan atau kiri terserah.bukan di atas badan si korban..
6. waktu melakukan pemijatan jantung gunakan bagian tgn yg keras..ala tau kan yang dekat pergelangan tangan tu, kan keras kan..gunakan yang itu..bukan tapak tangan..

cuba bandingkan dengan yang jacob buat, jauh bezanya..so ini cara CPR yang benar..:)
 so sekarang nak bagi sedikit sharing tentang step2 dalam BLS..step dia senang je..ingat S-R-A-B-C. apakah itu SRABC? mari kita lihat..

S- safety. iaitu keselamatan kita sebagai penolong..kalo rasa tak boleh tolong jangan tolong..contohnya kita tak pandai berenang, tapi ada korban lemas, jangan nak tunjuk hero jadi superman berenang jugak..so keselamatan kita harus dijaga jugak..kalo tak boleh, mintabantuan orang yang lebih berkemampuan. sementara itu telepon ambulance..kalo kat malaysia telepon 999. kalau di indonesia telepon 112 (correct me if im wrong) (gambar step 1)

R-repon. iaitu lihat korban itu sebenarnya sedar atau tidak. kalau dia sedar, kenapa kita harus bagi CPR kan??nak kena tumbuk dengan dia? cara nak tau respon dari dia adalah dengan menampar lengan atas si korban..waktu ni jugak nilai nadi dan nafas korban, ada atau tak.

A-airway. jalan nafas..tengok jalan nafas dia, ada sumbatan atau tidak. jalan nafas tu mukut dan hidung dia. (gambar step 2)

B- breathing. tengok dia boleh bernafas normal atau tidak. bernafas atau tidak. kalo tak bernafas tapi nadi dia ada baru bagi pernafasan mulut ke mulut. tapi jangan terlalu berani nak bagi pernafasan mulut ke mulut tu..sekarang banyak penyakit berbahaya seperti HIV, TBC, so hati2 ya untuk step ni. kalo tak nanti kita pulak yang sakit. (gambar step 3)

C- circulation. peredaran darah dalam tubuh. ni dibagi untuk korban yang nadi takda, nafas takda. (gambar step 4 dan 5)
roughly, step dia macam ni ya.




so kalau ada PMI atau PBSM buat kursus BLS silalah ikut. tak rugi belajar benda ni. ilmu tu. untung2 kita boleh selamatkan nyawa orang. pahala besar tu..:)

p/s: step2 dan info di atas sangat minimal ya..serius, banyak steps yang saya tak sentuh. yang saya tak diskusikan. dan itu adalah secara kasarnya. sila baca lagi ya..:)
p/s/s: pics credit to google

No comments:

Post a Comment