Monday, January 3, 2011

in case you want to know

seperti yang kalian sedia maklum,sy telah pulang ke malaysia selama 2 minggu untuk cuti krismas dan new year..woooot wooott..cuti..hehe leisure gila.

tapi....

malangnya..rutinitas sy sepanjang 2minggu itu adalah sama sahaja. hal ini disebabkan ibu bekerja seperti biasa kerana cuti tahunan yang diperuntukkan sudah habis. manakala si ayah terpaksa on stand by dan selalu terjadi breakdown di pencawang2 elektrik sekitar daerah larut matang dan selama. kakak sulung pula telah mengikut suami pulang ke qlate. tinggal lah si kakak nomber dua dan seorang adik laki-laki nya yang agak malas dan seekor kucing bernama yaubu menempuh hari-hari mendatang bertiga.

berikut disertakan tentatif program selama 2minggu selama di batu kurau.

waktu: jam kerja
hari: isnin-jumaat (hari kerja)

PAGI: bangun, sarapan nasi lemak daun pisang (every morning w/o failed), on tv and watch chapalrelaaaaaa ada zizang berlakon..ayah gi kerja..then hantar ibu ke pintu pagar depan atau hantar ke sekolah kalo dia malas drive. lepas tu sambung tengok chapalrelaa sampai habis...then baru pergi market.

PAGI DAH NAK TENGAH HARI: balik dr market. pergi market beli sayur n ikan la..takkan beli myvi kot. then kasi yaubu makan. kalo tak ngiauu je.pastu makan pagi pulak.  lepas makan baru ada tenaga buat kerja rumah. kemas dapur and kemas tempat tenogk tv. bila rumah dah kemas dan cantik..mari kita bersilat di dapur. masak timeee...hari2 sy yg masak okey. lunch and dinner. lunch even parents tak balik makan, tp ada fadhil si perut buaya. kalo lambat je siket, mula la berzikir kata lapaarrrr..runsing nyah.

TENGAH HARI: dah siap masak lunch merangkap dinner. kemas dapur pun dah. lepas tu kita makan lunch pulak ye sambil tengok tv. bantai je cerita apa pon. owh ye..fadhil tugas dia kemas ruang tamu and bereskan kain2 baju. so sy memang tak sentuh. kalo tak siap kang dia yg kena marah dengan ibu. tapi selalunya time sy balik dr market dia dah settle jobs dia. dah habis makan lunch..eh tetiba ngantuk pulokk..so tido la melepet atas sofa depan tv sampai terjaga.

PETANG: terjaga dr tidur dah petang la pulak. rasa lapar, fadhil akan beli pisang goreng and makan dengan milo panas. pukul5 ibu balik. so siap2 hidang nasi atas meja. ayah tak pasti balik pukul berapa lagi. selalu pukul7. tapi selalu selalu kalau time2 standby oncall macam ni, pukul 9 malam ke atas baru samapi rumah. and pukul6 ibu conquer tv dia tenogk cerita cina tv2. tension je kitaorg hehe.

MAGHRIB: habis cerita cina pukul7 (sejam sy n fadhil spastik tak tau nak buat apa sebab tv ibu conquer hehe) tutup tv. mandi siap2. masuk bilik masing2.

MALAM: Jam 8 keluar bilik buka tv tengok berita. pastu makan supper. kalo rajin ibu masak. kalo malas ibu bagi duit beli burger kat kedai anak pak cik mahmud dekat pekan. sambil makan tengok tv. tergantung cerita bes malam tu apa. tengok tv sampai pukul12. lepas tu ngantuk..tutup tv and tidur.

haaa..macam tu la hari2 kat rumah hari tu. roughly hari-hari macam tu. cuma terdapat perbezaan dalam pukul berapa ia bermula. bosan kan..and macam mana la berat tak naik. asik makannnn je. tension mak. tu baru 2minggu, kalau sebulan kalu??mau mati kebosanan.
weekend ada la sedikie kelainan. pergi kenduri and jalan2. tu pon ayah tak ikut sebab kerja..hehe

pastu hisup kembali ceria apabila mateh and pakteh balik. so ateh la menceriakan hidup ini and layan kerenah and permintaan kitaorang yang tah pape. so mari lihat foto2 ntah pape sekitar percutian ini :

balik makan kenduri, makan aiskrim. nostalgia sungguh sampai meleleh ke tangan. comot..


ateh layan kitaorang barbecue, ni waktu nak pasang bara api. buat bawah porch kete.

antara menu, kerang, ayam, udang sosej. ni hari ahad. tak da siapa kat rumah. ayah kerja..
tukang bakar ateh n fadhil sy tukang tengok je..

yeah lunch time. first pak teh tak nak join sebab malu, tp last2 dia join jugak. layan kan je la anak2 buah kesepian ni, btw rumah kitaorang tepi jalan besar. so waktu ni memang orang yg lalu tengok je kitaorang. tp best
baru start makan..yummyy..
otw nak gi kenduri sepupu ayah kat ipoh..jauh benor makan kenduri.
lihTLh..bosan kan??heheh

No comments:

Post a Comment