Monday, January 17, 2011

lepas geram

sejak dua tiga hari ni, rasa rambut ni rimas sangat. plus nak exam OSCE dah ni kan, lagi la macam rimas siket. so decide la nak TRIM rambut ni..selain tu dapat la jugak potong rambut rosak kat hujung2 tu.
so habis study group petang tadi..off to saloon la diri ni..memang selalu pergi saloon tu.

so..

"ye dik..nak apa?"

"nak trim rambut..pendek je..bagi rapi siket.."

"okey.."

so nyonya tu pon pegang la senjata dia, gunting sikat and so on..memandangkan ni saloon langganan moi, so serah kan je la kepala ni kat dia..and dia pon faham arahan yg diberi. tiba2...

terasa yang rambut ku ini di nipiskan..sedar2....waaaaaaa.....siot dah nipis! dah pendek! susah tau tak nak simpan rambut panjang! 2 tahun kot dok tahan diri dari nak gunting...tiba2 sekelip mata dah pendek. tengok kat lantai banyak nya rambut sya..sedihhhh...nak menangis waktu tujugak! rambut sy setinggi pinggang, saintifiknya setinggi lumbal 1...tiba2 dah jadi tinggi dada..nipis..sedih!bongok tol la!

ye memang..nanti dia akan tumbuh lagi..tapi zaman jepun kang dia baru nak tumbuh balik!

lepas tuuuuu...ada pulak 2 lelaki masuk..nak gunting rambut jugak. lho?? bukannya kat depan tu ada perkataan unisex saloon ke?? or sy salah paham maksud unisex?? bongok tol la! dan budak tu junior anak 2010..tengah kuliah skrg modul Mp5. ngok tak? geram!! tak pasal2 aurat sy terjejas..lelaki tu pon gatal..nak gunting rambut gi la barber..yg gi saloon tu apahal ntah? tak reti baca ke tu unisex!

selain potong rambut sebenarnya nak cream bath jugak..sambil cream bath dia urut2 la kepala, bahu and tangan..urut dia sedap..tapi sebab ada lelaki tu, tak pasal2 jdi tak sedap!

paling geram bila nak balik..lelaki2 tu ada lagi..so dengan malunya terpaksalah pakai tudung dan tebalkan muka keluar dari saloon tu!

serius nak boikot kedai tu sampai bila2..dah la rambut ni pendek...ada lelaki pulak tu! sengal!!!!!!!!!

okey dah tak marah dah..dah lega..

2 comments:

  1. saloon tu salah. saloon serves alcoholic drinks mcm bar. yg gunting rambut or any other service fr personal care ialah salon. lg satu, unisex memang serves for both genders - men and women. so, betullah lelaki2 tu masuk. cuma kedai tu xde room for perempuan muslim. sekarang dah ade unisex salon yg ade special room for muslim women :)

    ReplyDelete