Sunday, January 2, 2011

skuad harimau malaya

Sukan..apa yang boleh kita sebut tentang sukan? Well..since sekolah rendah moi (me, saya, aku) sgt aktif bersukan. Sangat sangat sangat, sebut je sukan apa, pasti jadi wakil sekolah. Kecuali bola sepak and takraw le. Hehehe..memang giat. Dengan tubuh yang sasa and tinggi serta lincah (untuk budak darjah enam) memang selalu jadi pilihan cikgu untuk jadi first line tak kira sukan apa pun. Sukan yang moi pernah masuk bola jarring (posisi goal defence..maklum la tinggi), bola tampar, bila baling (goal keeper sebab sasa hahahaktuih!) lempar peluru (hebatnya maakk..) memang suka la sukan. Sampai lagi 3bulan nak UPSR masih sempat tergedik2 latihan untuk wakil sekolah. Gila tak gila. Ibu tak payah cakap la..jenuh mengucap. Tapi dalam banyak2 sukan..yang paling moi minati adalah bola sepak..soccer..football..

Maklumla sekarang tengah musim bola, sana sini dok cakap pasal bola. Sampai hari ni (ahad 2 jan) dok jadi front page lagi tentang bola hari tu. Owh lupa nak ucap TAHNIAH MALAYSIA! MENANG PIALA AFF SUZUKI 2010!

Saya kaki bola..(dulu2 la..skrg kurang sikit dah) Nak tau pasai pa?? Sebab saya anak kedua..ayah berharap saya anak lelaki, keluar2 tengok girl la..so dia train saya baik punya untuk jadi ganas-ganas comel macam lelaki siket. Sebab waktu tu fadhil kecik lagi. Sejak kecik memang dok teman ayah tengok bola la..piala Malaysia. Dulu ingat lagi bola hari selasa ngan sabtu setiap minggu. Memang best lakan..sebab pa sebab tak payah baca buku...kira dibagi kelonggaran la dapat tengok bola teman ayah. And dari kecik diajar rules and regulation permainan bola ni. Offside macam mana, corner kick mcm mana..so memang dari kecik dah paham la. Sampai ibu kata macam ni:

“rasa waktu mengandung tak la tengok bola sangat..tak tau la kenapa sekarang jadi gila bola” 

Kisah di atas berlaku long long time ago..waktu darjah satu sampai darjah enam. Waktu tu kegemilangan bola sepak Negara. Antara nama2 yang memang moi selalu sebut Azman adnan (Selangor gergasi merah..hebat wooo dulu..), zainal abidin, rusdi suparman (hebat la dia..tapi lepas dia patah kaki tak tau dia pergi mana..mungkin badly injured kali ya??) ahmad sharul azhar, Khalid jamlus, azlisham Ibrahim, bambang pamungkas..eh eh?? Dan banyak lagi. Dan pasukan yang diminati mestilah kejor yob kejor, perak. ayah kipas susah mati bola sepak, tapi bola sepak tempatan ya piala Malaysia ..EPL, BUndes liga tak main nye dia..tak layan..dan perak adalah pasuka pilihan utama waima perak turun ke divisyen kedua dai tetap sokong. Ayah saya kenegerian siket..harap maklum. 
kenapa perak sinonim dgn seladang?kat perak byk seladang ke? nasb baik tak amik kucing parsi jadi mascot auww nyah, manja giteww..
 Waktu tu rasa berbaloi wey sokong. Tiap2 ahad malam pukul 11 sanggup bersengkang mata nak tengok liputan bola sepak kat tv1. Ala yang lepas berita dunia tu,,tau kan?? Sebab nak tengok perak duk number berapa dalam liga. Best kan waktu dulu. Kira bola hebat sangat. Nama2 pemain setiap pasukan pun moi hapal.

pasukan ni hebat sangat! waktu ni bola sepak best sangat..time penaja dia masih rokok dunhill..perrylis gaya mutu keunggulan.
 Tapi..bila dah form one..segala2 nya berubah. Bola dah tak seru dan seronok lagi. Mungkin kerana pemain2 senior seperti b.rajinikhand, ahmad shahrul azhar, khairul azman dah menggantung sepatu bola agaknya. Dan tiada pelapis bola sepak yang mengganti kan mereka. Jadi pasukan bola sepak dah tak hebat. Dan moi dah malas nak ambil tau tentan bola sepak. Sibuk belajar. Form4 pulak masuk mrsm, lagi la tak tau pasal bola. Sapa seorang pun pemain bola sepak moi tak kenal. Plus waktu tu rasa bola sepak negara ni suram sangat. Yang hebat waktu tu EPL.. Man U, Liverpool and so on. Serius tak laku bola sepak tempatan. Stadium kosong je, kesian depa..

Kesuraman itu dirasakan sampai la tahun 2010 ni. Baying kan berapa tahun??dari form 1 tahun2001 sampai 2010..9 tahun. Sepanjang 9 tahun ni, yang saya kenal hanya kembar aidil and zaquan je. Tu pon sebab diorang kawen ngan artis. Yang lain sorry to say saya tak kenal langsung. Except muka-muka senior macam hairudin omar, norhafiz zamani misbah,akmal rizal, amri yahyah..tu pon sebab dulu diorang ni memang betul2 hebat and they got their own history.  Sampai la piala Suzuki aff 2010 yang lalu.
mula2 main, dalam first line ni, seorang pun sy tak kenal melainkan k.rajagopal.sorry guys..
 Match pertama Malaysia adalah bertemu Indonesia. Waktu tu nak ujian, so sambil belajar tengok bola dekat bilik kawan. Waktu first line diturunkan siapa pun saya tak kenal. And sy hanya tercari2 aidil/zaquan. (sebab tu je pon yang kenal) yang lain tak kenla, rupa2 nya diorang injured tak ikut tournament. And waktu shahrul idlan score goal, tertanya2 siapa la dia ni. When my Indonesian friend asked me buot him, sy terdiam tak tau nak jawab apa sebab memang tak kenal. Tengok2 kalah 1-5 di tangan Indonesia. Terus ill feel wey! Besok nya dapat tiket free dari embassy suruh gi tengok lawan dengan Thailand..berat hati nak pergi (waktu tu ada job dari tbmt jugak,50-50 nak gi ke tak)..dengan bahaya nya lagi. Last2 tak pergi tengok. Hasilnya seri 0-0 dengan Thailand. Waktu lawan laos, memang tak dapat pergi la sebab dekat Palembang. So ill fell terhadap pasukan kebangsaan bertambah walaupun menang ke atas laos.

Pastu umpama meludah ke muka sendiri, Malaysia dapat pergi semi final..hoooyeah! waktu ut still tak kenal lagi national players, tapi tetap sokong national team. Yang sy kenal hny k.rajagopal. waktu kalah dgn indon 1-5 tu pedas wey telinga kena peril ngan depa. Samapi driver ambulance kutuk..aduh..nak balas balik, tapi sedar akan keneradaan diri ini di tempat mereka..nanti tak pasai2 kena sula ngan buluh runcing. Waktu tu jawaban terbaik terhadap tomahan yang diberika adalan senyuman secantik senyuman darlie...

And finally my Malaysia go to final..malaysia met Indonesia. Luckily 1st and 2nd leg i’m at Malaysia, so seluruh perhatian dan sokongan dapat diberikan kepada tanah airku tanpa ragu2 lagi. Suka sangat Malaysia menang. Sepanjang hamper 3 tahun setengah di torture oleh mereka mental dan fizikal ini, sekurang2 nya kemenangan kemarin membuatkan dendam kesumat ini terbalas. Thank you k.rajagobal and his boys! Seriously rasa puas sangat! Nak lawan fizikal tak boleh. Sekurang2 nya dapat la balas dendam dengan cara ni.

My point here is moi nak cakap yang i really proud of you guys yang telah menang piala aff Suzuki 2010..skuad harimau Malaya. Sekalung tahniah. Sekurang-kurangnya 9 tahun kesuraman di hati ni terubat jugak. You guys buat saya nak ikut lagi perkembangan bola sepak Negara. Really proud of you. Rasa macam ada sinar baru. Rasa macam zaman azman adnan, zainal abiding tu nak start balik..seronok..
finally sy dh kenal semua..hooyeah! kita juara. tabik spring la kat kalian! hebat. kepercayaan terhadap bola sepak negara meningkat lagi sekarang..
 p/s: Malaysian players hari tu rata2 same age with me 20’s or even younger than me. Oooo..menunjukkan saya semakin tua...baru tersedar..saya dah semakin tua..kecik2 dulu rasa pemain bola beza umur dengan moi 20 tahun..sekarang??lihatlah...

p/s/s: personal skill diorang sangat bagus to the max!!cara gelecek bola tu sangat bagus.impressive. pujian buat mereka kerana mempunyai skill yang bagus.

p/s/s/s: coach mereka sangat cool! Macam satu Malaysia..rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

p/s/s/s/s: waktu 2nd leg di jakarta..mulut ni asik berdoa je..untuk kemenangan malaysia..berdebar2 sangat. hujung2 jari jadi dingin..macam hipothermia dah hehe..plus berdoa agar tak da sebarang benda buruk terjadi. especially kepada pemain and supporters malaysia (kebanyakan teman2 sy yang tak balik cuti) agar tak ada perkara buruk berlaku..mereka sangat fanatik kepada bola dan sanagt2 patriotik. 

-provokasi sgt teruk. indonesia and filipina ada pemain netralisasi..contohnya christian gonzales. tapi tiba2 kat surat kabar indo ada pulak cakap malaysia pon pakai pemain import dari india, KUNALAN..hey macha..malaysia ni multiracial la dey..jenuh nak terangkan satu2..payah betoi..kunalan tu rakyat malaysia jati tau?

No comments:

Post a Comment