Monday, January 31, 2011

sanah helwa

alhamdulillah..
Allah memberi kesempatan buat diri ini untuk tetap masih mneghirup udara, dan tinggal di muka bumi-Nya.

hari ni, tanggal 1 February, genap usia saya yang ke 23 tahun..ikut tahun masihi. tapi kalau ikut tahun kalender cina, saya dah 24. ye..1988 sepatutnya tahun naga..tapi saya 1988 lahir sehari sebelum tahun baru cina. so waktu tu 1988 masih tahun arnab. hehehe..(sumber ibu saya)

orang pertama yang wish adalah ayah tercinta. sempat mengalir air mata baca msg ayah..sedih la..bila berjauhan ni touching tu terlebih sikit.

"selamat menyambut ulang tahun yang ke 23. semoga murah rezki, pnjg umur, sihat tubuh badan, dipermudah segala urusan, dan yang paling penting jangan abaikan solat d manapun kita tinggal d dunia ini = ingat Allah dalam segala urusan." ayah

lepas tu beberapa minit kemudian sms dari ibu tersayang. sms ibu kelakar sikit..hehehe..kira pengubat sedih la..kelakar gila sms ibu..

"1hb feb 1988 hari isnin AKHIR tahun arnab..1hb feb 2011 ari selasa ari jadi ke23..3hb feb ni bermula tahun arnab ikut kalender cina kamu dah 24.." ibu

12hb januari tu..sy dh reward diri sendiri dgn hadiah..kira macam advance la hadiah ni..ye la..kena la ada hadiah untuk diri sendiri..nak tunggu org bagi tak tau la dapat ke tak..tau kan yg BB lama sy rusak..so dah rusak terpaksalah tukar baru. dari repair baik beli baru. ingat nak tukar iphone/androis..tapi tak boleh..sebab BB skrg ni adalah satu kebutuhan..iya kebutuhan..:)



alhamdulillah..:)

so skrg sy dah 23. dah dewasa sangat untuk membuat keputusan dan menentukan arah hidup. resolusi buat usia 23 ni, sy harap saya akan menjadi lebih matang. dah tak nak childish dah. dah tak nak leka2 dlm solat..nak jadi muslimah terbaik.

then nak lulus osce..nak grad..wanna make my parents proud of me..:)

ya Allah, aku bersyukur atas kurniaan usia yg kau berikan. kau luluskan lah aku dan teman2 ku agar bisa wisuda ya Allah..amin.

right angle

hye peeps!

balik raya hari tu, kan budak2 sibuk nak UPSR..so banyak la iklan kat Astro tentang pelajaran. ada satu channel tvIQ ni..so pagi2 sy n fadhil layan la channel ni..even kitaorag dah dekat 10 tahun tinggalkan UPSR. saje je la..saje lawan siapa paling cepat jawab dengan cepat dan benar.

so satu pagi..segmen matematik..antara soalannya..

Which one from the triangles is the right angle triangle?

jawapan A

jawapan B
jawapan C
dengan cepat..fadhil jawab..

fadhil: C!!!!! right angle triangle.

Me: ooo..(blur)..so if left angle triangle? (blur..)

fadhil: there's no left angle triangle. right angle is 90 degree..

me: oowh yeah?? (still blur)

hahahah..bongok kan?? saya belajar matematik dalam bahasa melayu. fadhil who is 2 years younger than me belajar matematik dalam bahasa inggeris.. so terdapat jurang di situ..:) tp keliatan kan jurang..serius sy tak tau right angle tu sudut tepat..ingat sudut di kanan..( yeahhh..gelak la ke saya secara berjemaah!) plus after masuk U, memang dah jarang apply matematik dalam hidup.

tadi waktu belajar surgery, lecturer perkenalkan alat2..salah satunya...



lecturer: ini adalah right angle.


me: right angle?? kenapa?? sebab knp pegang dengan tangan kanan ke? kenapa right angle?? (blur lagi..tapi kali ni senyap2..dalam hati ye perbualan ni)


lecturer: nama lain mixter. lihat sudut yang dibentuk dari hujungnya, 90 degree..di pakai buat clamping di tempat yang susah terjangkau.


me: owh! right angle! sudut tepat! awat la bodoh sangat! (dalam hati la...)

yeah..gelak la..gelak la..hehehehe..serius ngok siket...hehehe

Saturday, January 29, 2011

childhood cartoons

 doraemon. jangan cakap tak pernah tengok. ingat lagi kecik2 kena marah sebab ini kan waktu maghrib. so selalu berperang dengan ibu nak tengok doreamon. waktu dia keluarkan alat dia dari poket dia, seronok sangat. berdebar2.. setiap chapter baru, akan ada suara doraemon. lagu dia memang evergreen habis! tak suka giant. heheh.. lepas tu kenangan kuih dorayaki. ending doraemon dah tengok? saya dah..sedih sangat..last2 dia hilang ingatan.nobita berjaya dalam hidup..


 flintstones. ini pon best. setiap petang pukul 4 kat tv2. suka tengok dua keluarga yang baik and anak2 dia. tinggal dalam gua. hidup zaman batu. ada pet dinosaur tapi ada kereta ooo..hebat kan depa.

 kalau ini tak payah cakap. power rangers. go go power rangers. mighty morphin power rangers. sedap kan lagu dia. lepas dia berhentikan power rangers and ganti yang lain sebab ada perkataan morphin tu, terus dah tak nak tengok. sebab dah tak bes. ada alpha, aiyayayayaayaa...robot putih. lepas tu tengok depa lawan penjahat dari planet asing..kelakar je..

satria si baja hitam. animasi dari jepun gila cool bawa moto hebat. dia seorang grass hopper yang hebat. pandai naik motor. lawan makhluk asing jugak..

 scooby doo. scooby doo by doo where are you. ghost buster. cerita sekumpulan pencari tangkap hantu. kat tv2 jugak kalau tak salah. anjing dia kelakar.

sesame street. ini rancangan ilmiah yang bagus. serius. kodos untuk sesame street. setiap hari pukul 11 kat tv1. serius time tadika, belajar a-b-c and counting dalam english tengok cerita ni. sampai ibu terkejut, dia rasa dia tak ajar lagi (sy setiap malam di ajar ibu..so dia ajar bertahap) tapi saya dh tahu dan pandai. rupa2 nya sebab tengok cerita ni. paling sayang cookie monster and elmo comel.

 tom and jerry. tengok sebab kat tv2 setiap ahad ada whats up doc??? ala yang rancangan dari KFC. comel kan..tom and jerry ni hari2 bergaduh. tapi jerry licik. otak kancil. asal tom dah tangkap, dah nak makan siap letak sos, roti, segala macam, boleh lagi jerry lepaskan diri. comel sangant depa.

ultraman. tak payah cakap. nostalgia sangat. suka cara dia bertukar dari manusia ke ultraman. heheh

tweety. ngan kucing sylvester. cerita ni pon ala tom and jerry. bezanya dua-dua ni haiwan peliharaan tuan dia. suka tuan dia, nanny yang rambut putih cakap.."oooh my pussy cat.." sylvester kan tak suka. sebab tweety akan ajuk dia kalau tuan dia panggil dia macam tu..hehehehe

mickey mouse and friends. saya suka yang dulu2. yang dekat kelab disney malaysia yang kat tv3. ala..yang gambar dia masih tak best..haa yang tu la bes cerita dia. yang sekarang dah tak suka. tak bes.merepek2 cerita dia. tapi tetap nostalgia.

cedera olah raga (sport injury)

sape selalu dengar radio Era? tentu selalu dengar iklan johan and zizan tentang penangan cedera olah raga..ala tau kan? yang kena compress ice, balut..supaya mengurangi edema..haa tau kan??

so hari ni mari berbincang2 tentang cedera olah raga..kalo cedera biasa pon boleh..contohnya terjatuh ke..tergeliat ke..terseliuh ke..boleh apply benda yang sama. peringatan: ini penanganan pertama sahaja okey..sebelum dihantar ke hospital. apa2 pon tetap harus dihantar ke dokter. fokus hari ni tentang cedera pada sendi lutut dan ankle ya..


jika kita aktif bersukan, bersenam..cedera yang selalu terjadi adalah di lutut dan sendi pergelangan kaki (ankle). cedera ni boleh terjadi kalau....

1. pakai kasut tak sesuai..nak jogging pakai flat..tak pon nak jogging pakai kasut adidas yang buat jalan2 tu..yang orang dok panggil sneakers tu..tau kan? tu bukan kasut untuk bersukan..so salah pakai kasut akan mempermudah kecelakaan

2. tak pakai alat pelindung diri. contohnya main basket ball, pakai seluar pendek tak pakai knee guard

3. tak warming up. ni penting ya warming up. sebab oto kita harus di beri 'pengenalan' dulu sebelum melakukan aktiviti yan gberat. kalau tak nanti boleh tergeliat. tak pon sehari selepas tu, sakit otot sampai tak boleh berjalan. pernah rasa tak??

4. jarang exercise..kalau jarang bersenam, tiba2 tergedik2 main bola samapai tak ingat dunia, itu adalah faktor resiko cedera.

okey sekarang tanda2 cedera pada sendi:

1. bengkak / edema,
2. rasa lebih panas di sisi yang sakit
3. tak boleh digerakkan.  kena papah baru boleh bergerak
4. sakit..of course la kan..hahah
5. biru..lebam.memar
6. kalau jatuh, tiba2 terdengar bunyi "krekkk'' itu kemungkinan fraktur..
7. ada jejas, luka..
8. bentuk tak sama sendi kiri dan kanan

okey setelah tahu tanda2 cedera, mari kita lihat apa yang harus dilakukan.. pertama of course ask for help. kemudian tengok air way, breathing dan circulation dia. kalo dia tak sedar, pingsan, sedarkan dia dulu. kalau ada perdarahan hebat, hentikan perdarahan dia dulu. kalau dia tak boleh bernafas, bagi dia boleh bernafas dulu. (read: respon ABC) kalau dia sedar, tak da penurunan kesadarn, lepas tercedera dia cuma sakit..bolehla kita memberi pertolongan pertama cedera olah raga.

kita akan pakai teknik PRICE. apa itu price?

P: protection. iaitu kita melindungi daerah cedera. supaya tak cedera lebih parah dan lanjut. melindungi dengan cara jangan kasi beban pada tempat cedera, contohnya cedera di lutut. so yang kita lakukan adalah memapah, atau kasi tongkat, atau pakai wheel chair atau pakai brace.
salah satu cara pakai tongkat. tau di papah
 R: rest: istirehatkan daerah cedera. ini dilakukan dalam 1-2 hari pertama setelah cedera. jangan "pakai" daerah cedera tu. so untuk selanjutnya, dalam 6 minggu jangan bersukan, bersenam dahulu.
ini splint. fungsi untuk rehatkan tempat cedera. kalau tak da, ingat jangan guna tempat yang cedera
 I: ice: setealah di protect, rest, kita bagi ice. kompres/tuam dengan ice atau cold pack. kalau lebih maju pakai chlor etil. ini untuk mengurangkan rasa sakit, dan mengurangkan reaksi peradangan seterusnya mengurangkan bengkak. dilakukan pertama kali selama 10-20 menit. untuk setiap jam seterusnya, lakukan kompres selama 5-10 menit. dilakukan selama 2-3 hari setelah cedera.
compress pakai ice
C: compression. iaitu balut/perban bahagian cedera pakai elastic band. dibalut dengan teknik figure of eight. bertujuan untuk mengurangi bengkak. dipakai selama 2-3 hari setelah cedera. setiap 4jam/ kendur ikatan dia, dikencangkan lagi balutan figure of eight tu.
ibi tekni figure of eight. kat lutut pon pakai tenik ni jgak
E: elevation. iaitu bahagian yang cedera di tinggikan lebih tinggi dari jantung. ini untuk menguragi efek gravitasi. dan cairan tak berkumpul di tempat cedera and bengkak pun berkurang. ini hanya dilakukan setiap kali si patient berehat. tidak sepanjang masa.
elevate it sewaktu anda berehat..
 eh kena bawa pergi klini ye. ini cuma pertolongan pertama. bawa pergi klini asap!

dah balik dari klinik, langkah PRICE tu tetap harus dilakukan..supaya bengkak cepat surut.

so this is my 20 cents untuk anda. harap2 lepas ni kalau main bola, futsal kalau ada yang cedera boleh la membantu ye...:)

Wednesday, January 26, 2011

politik


"selamat pagi..wah! kelihatan segar sekali pagi ni..ceria..ada sesuatu yg menggembirakan? nampaknya Man U menang besar semalam ya..pasti gembira ya? rooney score banyak gol ya...sebenarnya, mau kasih proposal untuk minta dana bagi acara bulan depan..bla..bla..bla..."

"pilihan raya kampus bulan depan. siapa yang bakal di pilih untuk jadi calon?? waktu penamaan calon dah nak habis ni..saya tak nak sokong dia, A..dia bukan puak kita. dia tak tau keadaan kampus. dia jarang ada kat kampus. kalo B, iya..setuju..beri byk faedah..bla...bla..bla.."


itu salah satu teknik berpolitik

hidup itu politik

agama dan politik adalah satu kesatuan

diri berpolitik, keluarga berpolitik, sekolah berpolitik, kampus berpolitik, negara berpolitik

mahasiswa belajar berpolitik

kampus dicemari dengan politik

terkadang sebal akan politik kotor di kampus

tempat suci menuntut ilmu

tercemar akan mahasiswa yg rakus berpolitik

politik yg bersih membangun kampus, politik kotor, penjahanam kampus

isu berat.
 
tapi penolakan politik adalah tidak

politik dan kehidupan tidak dapat dipisahkan

krn politik adalah suatu cara yg digunakan untuk membuat keputusan

apapun pandangannya, pilihan terletak di tangan kita.

anda lihat apa??







kalo yg ini nampak apa??




Monday, January 24, 2011

rayuan gombal

rayuan gombal = sweet talk = ngayat awek..

nak tips untuk ngayat awek?? biar cair hati dia?
kami ada solusi..
nak tengok contoh2 dia?? lets check it out..

L: kamu punya kunci ga?
P: kunci? buat apa?
L: buat membuka pintu di hatimu..

P: kamu di mana?
L: di hatimu selaluuuu...

L: eh, cuba kamu putar ke belakang? ko punya sayap?
P: ha? ada sayap?
L: ternyata kamu malaikat yang dihantar buat aku..

L: cinta itu buta, tapi aku ga..soalnya aku liat kamu..
P: *eye blinking*

L: eh, papa kamu astronaut ya??
P: ga..papaku bukan astronot..kenapa?
L: saya lihat bintang di mata kamu..

L: eh kamu..ada yang jatuh..
P: apa yang jatuh??
L: hati kamu..biar saya ambil ya..

P: kamu dari mana ya?
L: dari keluarga baik2...
P: mau ke mana?
L: mau mencari keluarga baik2..


percayalah..ada di antara kawan2 sy yg tembak (mintak kapel) ngan awek dia pakai benda di atas..dan berhasil..dan kekal sampai sekarang..

kitaorang selalu pake ayat2 di atas untuk main2...heheh..

Saturday, January 22, 2011

how many triangles there?

picture 1

picture 2

picture 3





how many triangles that you can found from the pictures above?


p/s: pics credit to google

planner

agenda untuk semester ni dah keluar di lantai lima..antara yang menarik perhatian saya sebagai seorang mahasiswa semester 7 adalah:

penilaian akhir KKD (OSCE) : 16 februari - 5 maret 2011

yudisium : maret 2011

wisuda : 16 april 2011

ketiga-tiga tarikh di atas adalah tarikh penting buat saya..OSCE yang hanya tinggal kurang dari tiga minggu..mana belajar pun belum selesai..tengah bertungkus-lumus ni..
wisuda (graduation) tanggal 16 april..doakan saya lulus OSCE terus bisa wisuda..doakan saya ya kawan2..tiga tahun setengah saya struggle kat sini, saya mau hasilnya, saya mau ibu and ayah tersenyum melihat hadiah terbaik dr saya kepada mereka..insya allah tanggal 16 april..doakan saya, moga urusan saya dipermudahakan..moga perjalanan saya lancar..moga diberi kemudahan..
terima kasih atas doanya..:)

perbualan singkat yang menginsafkan

jumaat hari tu exam keterampilan umum..terus sambil nak tunggu result keluar (alhamdulillah Allah memberi kemudahan) lepak jap kat cafe..sambil tunggu solat jumaat habis. terus tiba2 datang rica. dia skrg tengah siklus parasit..rica ni one of my best friend. dia seorang kristen and of course she's an indonesian. :) so we had our brunch and a lil conversation. (rica ada kakak, tapi kakak nya telah meninggal akibat kecelakaan jalan raya last year..)

rica..maaf rica..aku ambil foto kamu dr FB..heheh
R: fai, kemarin aku mimpi cici (kakak) aku..
A: oiya..kamu mimpi tentang apa?
R: cici blang dia tenang di sana..dia suka tinggal di sana..
A: urm..sekurang2 nya kamu tau kakak kamu tenang d sana..kamu sering doain kakak kamu?
R: iya..sering...

dan perbualan berlangsung ke beberapa topik.

topik pertama: sebab dan penyebab kematian

R: fai..kalau ajal kita belum sampai, kita ga bakal mati kan??
A: iya..kalau ajal belum sampai, terus tuhan belum mau mengambil nyawa kita, kita ga bakal meninggal..
R: kecelakaan hanya penyebab kematian kan?
A: iya,,kecelakaan hanya penyebab kematian. kalau tuhan sudah menetapkan mati itu jam9, jam 9 teng kita akan mati. dengan penyebab apa sekalipun..
R: iya..aku juga diajarin begitu ko..terus kalau ada orang yang kecelakaan parah sekali, terus ajalnya belum sampai, dia tetap hidup tapi dengan kelumpuhan itu kenapa?
A: iya..pertama mungkin ajal nya belum sampai..kedua tuhan mau hambanya itu bertobat..mungkin sebelum kecelakaan dia ga ingat tuhan..tapi setelah kecelakaan dia bertobat dan dia makin ingat tuhan..jadi ambil yang positif dari setiap rencana tuhan...

topik 2: hari kiamat

R: fai..sekarang orang yang uda meninggal belum ke syurga kan? mereka lagi dikumpul di suatu tempat (islam: alam berzakh) buat menunggu manusia lain sehingga hari kiamat kan?
A: iya..mereka dikumpul di suatu tempat.
R: selepas hari kiamat, baru dihakimi setiap perbuatan dan amalan mereka kan?
A: iya..setelah dihakimin baru ditentukan samada ke surga apa neraka..tergantung amalan..
R: aku takut fai...
A: aku juga rica..takut..soalny amal baik aku ga banyak..(insaf..)
R: menurut agama kamu, sekarang uda mau kiamat apa belum? menurut agama aku, iya..soalnya dunia sekarang uda tua banget..
A: iya..menurut agama ku juga..soalnya tanda2 kecil hari kiamat sudah muncul dan beberapa tanda besar hari kiamat juga uda ada...

topik 3: islam keturunan

R: tau ga, di agama aku, ada yg dapat kristen nya itu karena keturunan..karena ibu bapanya kristen maka otomatis anaknya kristen..kalo kamu?
A: iya..aku juga..ada yg dapet islam secara keturunan..contohnya aku..mama papa ku muslim..jd otomatis aku muslim..
R: terus perasaan kamu gmana?
A: iya..aku suka dan bersyukur menjadi seorang muslim..walaupun muslim aku hanya karena keturunan..aku bersyukur..setelah aku dilahirkan muslim, mama papaku ga biarin aku begitu saja..mereka kasi aku didikan agama, supaya taat akan tuhan..
R: jadi ibu bapa turut berperan ya?
A: iya..turut berperan..soalnya jika mereka mengabaikan anak yg dilahirkan, tidak memberi didikan agama yang sebenarnya, mereka bakal diadili di akhirat nanti..dan aku juga bersalah karena ga mau cari tau tentang islam..jadi sekarang aku bersyukur aku seorang muslim.
R: ooo..gitu..

tiba2..solat jumaat dah habis..dan jam hampir menunjukkan jam1 siang..lunch hour dah habis..kitorang pon masuk balik kelas...

secara keseluruhannya, saya merasakan ia sabagai suatu refreshing iman..walaupun berbeda agama, dia membuatkan saya ingat kembali kepada sang Khalik...soal jawab dengan Rica membuatkan saya terjaga akan kealpaan saya..ya Allah..kuatkan lah hati hamba-Mu ini ya Allah..tunjukkan aku jalan yang lururs.


p/s: perbualan adalah dalam bhs indonesia..tetapi diubah siket2 ke bhs melayu..and sebenarnya panjang..tapi sy just ambil intinya sahaja..

Thursday, January 20, 2011

cuti ker..

hari ni cuti thaipusam eyk? baru tau pagi tadi sebab ayah msg cakap dia cuti thaipusam owh kalo kat malaysia ni mesti best sebab nanti boleh tengok diorang angkat kavadi, pecah2 kelapa atas jalan. huhu..sini tak da perayaan thaipusam. bukan je thaipusam..deepavali pon takde. 

just diorang sambut hari raya nyepi. khas untuk kaum hindu juga, tapi diorang tak boleh hidup kan cahaya selama beberapa hari. kalo deepavali kan pesta cahaya. so agak aneh la. sebab sangat kontra even dua-dua untuk agama hindu. 

tak tau nak update apa. tak da idea, hehe..

sekarang ni musim tak menentu kat sini. kadang2 hujan kadang2 panas. memang kalau imun tak kuat tu cepat sakit la. tambah -tambah nak kena flu, memang senang sangat la. so jaga kesehatan ya. minum air kosong yang banyak.. then tidur/istirahat yang secukupnya. makan banyak sayur. olahraga bersenam selalu. jangan stress.. insya allah akan sihat..

okey la babai...

Tuesday, January 18, 2011

jawapan teka-teki

1. dalam banyak-banyak gajah..gajah apa yang banyak di tong sampah?

-GAJALAH KEBERSIHAN..HAHAHAHA.. 

2. dalam banyak-banyak binatang, binatang apa yang kepala nya besar gila, badan dia kecil je.

-IKAN BILIS PAKAI TOPI KELEDAR..CISSS..

3. sapi kaki nya empat, sapri kaki nya??

-SAPRI KAKINYA EMPRAT..WAHAHAHAHA

4. dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang tidak di panggil kereta?
 
-TAXI..PAHAM TAK?? 

5. kaki saya empat, badan saya 2, telinga saya 6, jari saya 3, siapakah saya?
 
-SAYA PEMBOHONG..WAHAHAHA..MANA ADA BENDA/ORANG YG MACAM TU..

Sengal tak teka-teki ni?? menyampah kan??haha..kelakar kan??

Monday, January 17, 2011

lepas geram

sejak dua tiga hari ni, rasa rambut ni rimas sangat. plus nak exam OSCE dah ni kan, lagi la macam rimas siket. so decide la nak TRIM rambut ni..selain tu dapat la jugak potong rambut rosak kat hujung2 tu.
so habis study group petang tadi..off to saloon la diri ni..memang selalu pergi saloon tu.

so..

"ye dik..nak apa?"

"nak trim rambut..pendek je..bagi rapi siket.."

"okey.."

so nyonya tu pon pegang la senjata dia, gunting sikat and so on..memandangkan ni saloon langganan moi, so serah kan je la kepala ni kat dia..and dia pon faham arahan yg diberi. tiba2...

terasa yang rambut ku ini di nipiskan..sedar2....waaaaaaa.....siot dah nipis! dah pendek! susah tau tak nak simpan rambut panjang! 2 tahun kot dok tahan diri dari nak gunting...tiba2 sekelip mata dah pendek. tengok kat lantai banyak nya rambut sya..sedihhhh...nak menangis waktu tujugak! rambut sy setinggi pinggang, saintifiknya setinggi lumbal 1...tiba2 dah jadi tinggi dada..nipis..sedih!bongok tol la!

ye memang..nanti dia akan tumbuh lagi..tapi zaman jepun kang dia baru nak tumbuh balik!

lepas tuuuuu...ada pulak 2 lelaki masuk..nak gunting rambut jugak. lho?? bukannya kat depan tu ada perkataan unisex saloon ke?? or sy salah paham maksud unisex?? bongok tol la! dan budak tu junior anak 2010..tengah kuliah skrg modul Mp5. ngok tak? geram!! tak pasal2 aurat sy terjejas..lelaki tu pon gatal..nak gunting rambut gi la barber..yg gi saloon tu apahal ntah? tak reti baca ke tu unisex!

selain potong rambut sebenarnya nak cream bath jugak..sambil cream bath dia urut2 la kepala, bahu and tangan..urut dia sedap..tapi sebab ada lelaki tu, tak pasal2 jdi tak sedap!

paling geram bila nak balik..lelaki2 tu ada lagi..so dengan malunya terpaksalah pakai tudung dan tebalkan muka keluar dari saloon tu!

serius nak boikot kedai tu sampai bila2..dah la rambut ni pendek...ada lelaki pulak tu! sengal!!!!!!!!!

okey dah tak marah dah..dah lega..

Saturday, January 15, 2011

teka-teki

jom main teka-teki.. main teka-teki ni bagus tau..tambah-tambah main dengan anak2..sebab dengan main teka-teki kita akan merngsang anak2 kecil untuk berimaginasi dan menjadi lebih kreatif. selain itu kita akan merangsang sel-sel otak meraka. dan kita akan memicu pemikiran mereka. bagus la..ajak anak2 berpikir. bukan anak2 je., orang tua pon boleh main gak..tambah2 teka-teki bodoh hahaha..

1. dalam banyak-banyak gajah..gajah apa yang banyak di tong sampah?

2. dalam banyak-banyak binatang, binatang apa yang kepala nya besar gila, badan dia kecil je.

3. sapi kaki nya empat, sapri kaki nya??

4. dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang tidak di panggil kereta?

5. kaki saya empat, badan saya 2, telinga saya 6, jari saya 3, siapakah saya?


okey hari ni lima dulu..jawapn nanti-nanti la ye..hehehe..
ayo..dipikir..

so baby, stop complaining

i used to wish that i can study medicine and He granted my wish..i study medicine now..so i better stop complaining..ya Allah..kuatkan lah hatiku..

so peeps, i just have 30 days to go before i sit for my OSCE. owh my..lots of things that i haven't memorize yet..lots and lots of things..

so hari ni nak cerita tentang persiapan untuk masuk KKD -> OSCE -> co-ass (co-assisstant ya, bukan bersama2 punggung) -> dokter..insya allah..pray for me friends!

1. harus kuku pendek. sebab kita akan melakukan perkusi pada pasien. so kalo kuku panjang and perkusi, takut kuku panjang kita tiba-tiba terlekat kat badan pasien. lepas tu luka kasian dia.

bayangkan dokter kuku macam ni..macam nak buat massage cakar harimau..aauuuww bang!
2. tudung express.. boleh nak pakai tudung belit-belit..shawl bijik manik ntah pape..tapi kita kerja bermain dengan masa, kalo pakai tudung lawa2..nnt susah nak pakai stetoskop. paling worst tiba-tiba bunyi jantung tak dengar..kan parah tu. so kenala pakai tudung ekspress..lebih senang
ha..macam lisa surihani pakai tu. senang siket nak sumbat stetoskop
3. tidak boleh tone deaf...sebab nak dengar suara nafas, bunyi jantung I, bunyi jantung II, bunyi jantung III, bunyi jantung IV, bunyi jantung tambahan, heart murmur, punctum maximum, haduhhh..susah wey..sekali dengar macam sama je semua..harus berkali-kali dengar and tau nada dia meninggi atau merendah..macam penyanyi atau pemain alat muzik..harus tau ye..pertama kali dengar sempat terasa ala yang diri ni tone deaf..tapi setelah banyak kali latihan..alhamdulillah dah boleh membiasakan nya..
tone deaf?? masuk la kelas muzik cikgu siti hajar, silap-silap menang AF9
4. harus ada beberapa benda basic bersama kita, antaranya stetoskop, reflex hammer, thermometer, penlight, tongue spatula..dan lain-lain..ni kira modal kita la ni..
 
penlight- untuk menerangi lubang2 kecil yg gelap..tubuh kita banyak lubang kecil yang gelap dan sempit.

reflex hammer

telinga gajah..eh stetoskop

5. apa lagi ye?? nanti kalo ada di update lagi..heheh

so doakan saya ye moga perjalanan saya menuju cita-cita akan dipermudahkan olehnya..terima kasih teman2..terima kasih ayah dan ibu..terima kasih semuanya..terima kasih ya Allah..

Tuesday, January 11, 2011

confused

1. sebenarnya apa beza perkataan "baharu" dan perkataan "baru"? saya telah membeli sebuah kereta "baru" atau saya telah membeli sebuah kereta "baharu"? haa..confused kan? lepas tu johor bahru ke johor baru?? ahahhaaa..perbendaharaan kata saya jelek..

2. lepas tu ada orang yang gila-gila mengotot (paksa) suruh saya mengaku yang saya dari aceh..tidak,,saya dari malaysia. saya cuma menumpang belajar sahaja di sini. huhuhuhu..dah banyak kali explain baru la mengaku..tupon sengih2 macam tak percaya.

3. sekarang berat badan saya naik bagai dipam2..akibat balik cuti 2minggu dulu. omakaih..nak turun punya la susah, nak dapat perut flat punya la susah..tapi akibat balik 2 minggu hari tu terus gemuk balik..:(

4. minggu lalu seminggu diserang jet lag. pengalaman jet lag paling lama dalam hidup.

5. really need pressure and stressor. tinggal 34 hari je lagi before saya akan menduduki ujian OSCE. tapi masih belum belajar. nervous nya belum datang. tak tau la nak start belajar bila..(tolong doakan saya lulus ye)

6. blackberry saya asyik buat hal je..stress..nak tukar ke tak ha?? nak tukar blackberry jugak ke? apa nak tukar ke iPhone? atau android? pening..

tak penting kan? tapi ia sangat mengganggu hidup ini. serius..

Monday, January 10, 2011

water and high angle rescue

hye peeps..
last weekend sy and TBMT pergi ke satu acara yg dinamakan Water and High angle rescue (kadang-kadang dipanggil water and vertical rescue WVR, ntah nanti cross-check lagi..). salah satu dari kompentesi dasar dari TBMT harus bisa menyelamatkan korban dari air dan bangunan tinggi. so latihan ini adalah kerjasama antara TBMT and BASARNAS. and its awesome!

dua hari ikut latihan..di buperta cibubur. a very great new experience for me and my friends.

so acara dibagi ke dua part, 1st is water rescue on first day.
pada water rescue, firstly harus tau safety, kemudian apa yg bisa kita lakukan untuk menolng korban yg sedang lemas. then, kita harus tau how to handle motor tempel (motor boat) and perahu karet (rubber boat). lepas tu harus tau rowing yang benar. supaya waktu rowing boat tu tak berputar-putar, tapi jalan maju terus. then harus tau macam mana nak rescue korban dengan prinsip R-G-R-G-T. gitu..jom layan foto..(gambar tak ikut urutan..)

rescuer sedang menyelamatkan korban..

persiapan before back rolling..fyi, sy tak pandai berenang sama sekali..tawakal je..

persiapan before nak handle motor tempel. dengan instuktur mas chandra n pak donny.

i've been evacuated with life buoy..

motor tempel and rubber boat.

ria sedang melempar life buoy ke korban



theory time..

waktu dah lakukan back roll..

rowing perahu karet..capek n pegal..but its worth it!

okey..masuk hari kedua..second part..high angle rescue. ini memang menentang adrenalin. adrenalin junkie.. belajar cara untuk menyelamatkan korban dari bangunan tinggi..lets pictues do the talking..

saya lupa nama dia apa..haha

before nak naik tower..jantung palpitate minta ampun..



jd korban dan dievakuasi..


jadi rescuer selamatkan korban dari tempat tinggi


ni capek sekali...haha
okey tu je nak cerita, overall its a very great new experience yang memang best sangat! awesome!

p/s:selain dapat ilmu, dapat juga sakit2 otot, pegal2 badan, memar..sakit sendi..tapi its worth it!