Monday, December 13, 2010

3 hari

3 hari (jumat, sabtu, ahad) sy tak da di jakarta. sy pergi ke cangkuang sebab ada dikda*s. tahun ni jadi panitia untuk uruskan dikda*s untuk calon anggota (caang) baru TBMT angkatan sebelas. 3 hari yg melelahkan dan exhausted to the max! rentetannya adalah:

-jumaat pagi masuk kelas seperti biasa, jam12 kelas dah selesai. habis kelas dtg lagi kampus teman senior. jam4 uruskan pembukaan acara, jam5 bertolak ke cangkuang..naik tronton, 3 jam perjalanan atas tronton.bayangkan! duduk paling dekat pintu keluar. jalan atas highway, berapa banyak liter asap kenderaan yang sy, winda, shane, anita and ayudi hisap. boley jatuh dalam state keracunan karbon monoksida ni..

-sampai camp ground, siap2 simulasi segala macam. jam1 pagi caang dikerahkan tidur. andddddd for the first time, sy jd garang nak mati. sebab suruh tidur lambat sangat, last2 menggunakan pendekatan diktator. so pertamam kali jadi garang. hahaha..ingat balik rasa kelakar je. and malam tu tak tidur sampai besok. kitaorang panitia memang tak tidur. waktu ni tak tidur masih bertenaga lagi. no hal punya!

-sabtu pagi, jam7 semua dh bangun dan siap. caang dengan aktiviti diorang. sy sebagai pj trekking siap2 untuk trekking sekali lagi buat letak penanda arah and clear kan jalan. pergi berenam. dengan pemandu arah seorang. tak makan pagi, tak tidur..dingin hujan..tapi tak pe tak letih lagi. energy masih banyak tu.mungkin sebab euphoria kali ya.

-siang balik ke camp ground. mandi (air dia kotor okey..so mandi macam tak mandi.jz cuci lumpur). habis tu makan siang, terus tidurr,,hehehe..adalah tidur dalam satu jam. okey habis tidur bangun bertenaga lagi (dengan tidur satu jam). siap2 untuk acara malamnya..fire camp sambil makan jagung bakar..nom nom nom

-dah malam..caang dah tidur. tp sy belum tidur ada yg harus disiapkan terlebih dahulu. jam2 belum tidur lagi. tiba ngantuk so nak tidur. baru je nak lelap..tiba2 generator set mati. black out satu camp ground. so bangun lagi. telepon orang yg uruskan gen set..dalam satu jam kemudian baru ada balik elektrik. tengok2 dah pukul4..takpe..walaupun setengah jam je lagi tinggal before siap2 untuk acara berikutnya, tapi tetap tidur wehehehe..

-okey...dah pagi..siap2 kan caang, trekking! hehehe..seharian trekking..capek??sangat capek ye tuan2..sore dalam jam5 baru selesai trekking. habis trekking siap2 pulang..pulang jam 9malam. sampai jakarta pukul12 malam..huhuhu

**capek??seriusly capek sangat to the max.
**banyak jugak kes rasuk2, tapi tak de la sampai histeria..banyak kali jugak la kena rasuk2 ni. for me, ada la dua kali nampak sesuatu yang tak seharusnya nampak. takut tapi cuba lawan takut tu..eerie feeling babe!
**samapi jakarta, sangat letih. pagi ada exam parasit pulak, serius sy tak baca buku. jam8 ke kelas, discuss dengan kawan siket2 langsung masuk exam. gila kan> time exam ngantuk minta ampun. exam selesai jam11. habis exam, makan kfc dulu dengan yeyma (sempat je..) balik terus tidur. sedar2 dah maghrib. gila sedap tidur.

as a conclusion, walaupun capek sy tetap suka akan aktiviti ni. sebab habis je aktiviti ni, rasa macam dekat je dengan tbmt. rasa sayang sangat diorang. betul2 sayang. seperti capek tu dibayar dengan perasaan kekeluargaan yang kitaorg dapat. huu..

okey la dah jam8..nak gi kelas..hari ni kelas patologi klinik. moga lulus dengan cemerlang stase ni..amin.

No comments:

Post a Comment