Thursday, January 6, 2011

batu kurau

ingat tak entry ni?
saya orang tukuro.

waktu tu last saya balik raya hari tu. so tak da perubahan sangat. raya waktu tu bulan september. batu kurau biasa-biasa je. tak da perubahan bermakna sangat.

tapiiiiii....

last saya balik cuti new year hari tu..guess what??

batu kurau. amacam??dah ada sign board baru wacakaplu,,,nice..
banyak lagi perubahan yang berlaku. nak tau apa perubahan yang berlaku??mari kita sama2 saksikan..

1. ada sign board baru di depan selekoh merbahaya tok sajak and belakang sedaka seperti gambar rajah di atas.

2. ada tanam bunga2 dalam pasu sepanjang jalan dari sekolah cina sampai yoeb pets kalo tak salah. pasu warna grey bunga warna merah. sepanjang jalan batu kurau la. kalo kat kemunting pasu warna putih. tapi yang tak berkenan nya tu..buat sempit jalan je pasu bunga tu. susah nak parking. serius. nak berenti jap tepi jalan beli surat kabar susah ya ampun!

3. dah ada pasar tani..wooot wooot. setiap jumaat malam sabtu. malam ye pasar tani nya. berlokasi di belakang bangunan umno batu kurau. masa pergi hari tu baru 1st time buka. so, hasilnya biasa2 aja. ye la buka pasar tani, tapi majoriti penduduk batu kurau masih bertani. so nak jual apa ye dak?? tapi tak yah le ke taiping pagi ahad kalo nak ke pasar tani.

4. ibu saya cakap ada pasar malam kat changkat semambu..setiap hari apa lupa pulak..baru bukak jugak tu. ni tak confirm.

5. ada kurau stones fishing and highland resort kalo tak silap nama dia. jalan dai atas sikit je dari jalan masuk kepala batas. apa tah nama jalan tu kampung batu bertindan kot. dah pernah pergi sekali kat sana. cantik..tapi sayang nya masa pergi tu tak 100 percent lagi siap. masih under construction. ada ATV and paling cute ada kambing boer, chumil nak mampos! chalet dia pon nice. makan ikan sweet sour. kolam dia pon nice.

6. jalan depan tok kong cina, depan kepala batas tu dah di tinggikan. dulu kan selalu banjir sebab ada anak sungai kat situ..sekarang dia dah tinggikan..so insya allah takkan banjir lagi..

7. banyak kedai2 baru yang muncul. serius banyak. so macam banyak choices jugak la kalo nak beli barang. tapi banyak kedai yang muncul tu ca ya nun alif..biasa la ya..

8. BSN batu kurau pun dah dinaik taraf. sweet je. ATM machine dah dimasukkan dalam bank. so ada aircond la. dulu kat luar. so kalo beratur panjang, then kalau hujan tiba2 hujan kehujanan la. tapi hasil temu ramah dari beberapa warga di batu kurau (aisehh ayat!) mereka tak suka sangat perubahan tu. ye la even mereka hanya kerja kampung tapi duit berkepul2 tu. so nak amik duit jadi takut. sebab dia jadi tempat tertutup. mungkin claustrophobia kali. betul jugak, contoh seorang mak cik usia 55 tahun nak ambil duit rm1000, belakang dia ada 3 orang lelaki beratur nak ambik duit jugak..mesti la dia takut nak ambil kan. walaupun lelaki tu tak berniat nak mencederakan dia. sebab dalam ruangan tertutup. (tak paham buat-buat paham)

9. balai polis batu kurau dah nak siap. besar and tinggi ye. ni tak tau bila exactly dia nak siap. tapi menurut mata kasar ni ada progress ye dari bulan ke bulan.

10. tu je la kot..yang ingat buat waktu sekarang. nanti lain kali kalo ada lagi di update terus.

akhir kata...

saya bangga saya anak batu kurau!

1 comment: