Wednesday, January 5, 2011

diet golongan darah A

selepas saya menderma darah setahun yang lalu, baru saya tau golongan darah saya adalah A. dan rhesus positif. ibu saya golongan B kot..kalo tak silap la..hahaha (ada sedikit masalah dalam mengingat info2 hehehe) owh manusia ada 4 golongan darah yang umum ye..golongan nya adalah A, B, AB dan O. manakala rhesus pula ada rhesus positif dan rhesus negatif.

darah group A rhesus positif.
dan dua minggu lalu kan saya di rumah, terus sepanjang dua minggu asyik makan dan tidur. dua minggu itu sy telah menternak lemak dengan jayanya. serius! hari isnin masuk balik ke kampus, baju dah sempit!!! macam bungkus nangka busuk!

macam ni la saya pakai baju ke kampus sejak isnin hari tu. nasib baik pakai snelly kat luar. boley la tutup butang yang terbukak tu. hehehe
terus..semalam baca megazine. terbaca la artikel diet mengikut golongan darah. before this ada my kecturer yang advice me untuk diet mengikut golongan darah. tapi malas nak ambik pusing. sebab banyak sangat pantang larang. and itu dan ini tak boleh makan.

saya pernah nampak buku ni kat kedai buku sagung seto. ada empat, berdasarkan kelompok darah.
so dah tertengok tu, terbaca la artikel dalam magazine tu. tapi baca yang group A je la. yang group lain tak baca ye. hehehe. basically group A ni sangat sesuai menjadi vegetarian. hal ini disebabkan kandungan enzim yang digunakan untuk mencerna daging dalam tubuh golongan A adalah sangat siket. ditambah tubuh mereka jugak sangat susah untuk mencerna lemak. makanya jika manusia golongan darah A makan daging dan lemak secara tak teratur, maka dia akan senang untuk gemuk. dan golongan darah A ni juga lebih senang untuk menderita hipertensi dan penyakit jantung. gitu..kalo nak merasa makan daging, dinasihatkan ambil daging ikan. pokoknya gologan darah A lebih sesuai menjadi vegetarian. selain itu...ada lagi..tak digalakkan minum susu and dairy product. owh??? owh iya..minya yang dipakai haruslah minyak zaitun. kurang kandungan lemaknya..(kata magazine tersebut...)

saya harus menjadi vegetarian..vegetarian..sayur....
untuk menjadi vegetarian saya tak kesah. sebab saya memang gila sayur. bagi satu bakul pun takpe..boleh nyer. tambah2 ulam kampung (kecuali petai dan jering..minta maaf mak tak minat). tapi..saya tak suka satu statement dalam artikel tu. tak digalakkan minum susu and dairy products. yenedey macha..kenapa saya tak setuju??

-saya suka minum susu. serius suka. setiap pagi akan minum satu kotak susu. sedapnya. susu buatkan saya kenyang. susu ada calcium, gizi dia tinggi. minum susu baik ye buat kesehatan.tapi susu juga lemak dia tinggi hehe. boleh je ambil susu soya, tapi gizi dia tak sama dengan susu haiwan..

-lepas tu tak bagi makan daging. lah..habis tu tak boleh minum susu, tak bagi makan daging..nak ambil sumber protein dari mana? tak kan dari tauhu tempe je sepanjang hari? takkan nak ambil whey protein setiap hari? boleh jadi miskin tegar ni..

ini contoh food pyramid for vegetarian. bahagian untuk protein tu dia ganti dengan legumes, beans, nuts, egg white, soy instead of fish, chicken, lamb and so on.

tapi best jugak. rasa macam nak try diet golongan darah ni. tp tu la susah..sebab saya hidup di kosan. sendiri. so nak makan kena beli. kalo kat rumah tu best la jugak. boleh la masak. kalo hidup ngekos ni, alamatnya makan ayam la tiap2 hari. tak de makna nak makan sayur-sayur ni. heheh read:malas sebenarnya.

strictly NO for blood group A. hehe..tapi saya suka...

1 comment:

  1. hi...sama la darah ..A...

    errr...ayam leh makan..cuma tak digalakkan...sooooo...

    ReplyDelete